Dewan Asatizah PEKIDA Malaysia
Badan di bawah Biro Agama PEKIDA Malaysia: penasihat hal ehwal agama Islam dan budaya Melayu Islam, serta pemacu dakwah dalam PEKIDA.
Rujukan hal ehwal agama dalam PEKIDA.
Dewan Asatizah PEKIDA Malaysia merupakan satu badan di bawah Biro Agama PEKIDA Malaysia. Dewan ini menghimpunkan para asatizah sebagai penasihat hal ehwal agama Islam serta adat dan adab budaya Melayu, dan sebagai pemacu dakwah dalam PEKIDA berlandaskan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah Asya’irah/Mathuridiah.
Menjadi rujukan utama dalam hal ehwal Islam dan budaya Melayu Islam dalam PEKIDA, memacu kebangkitan ummah yang berintegriti, bersyariat dan berdaulat.
Enam misi Dewan Asatizah.
Memperkukuh aqidah
Memperkukuh aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai teras perjuangan dakwah dan kebajikan dalam PEKIDA.
Membimbing anggota
Membimbing anggota PEKIDA dalam aspek kefahaman agama, adat dan adab budaya Melayu-Islam serta isu-isu semasa berlandaskan syariat.
Pemangkin dakwah & pendidikan
Menjadi pemangkin gerakan dakwah dan pendidikan Islam, selari dengan dasar kerajaan dan agensi agama berautoriti.
Jaringan kerjasama
Membangun jaringan kerjasama bersama institusi agama, badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak berkuasa dalam usaha mempertahankan maruah agama, bangsa dan tanah air.
Mendepani cabaran semasa
Mendepani cabaran semasa ummah melalui penganjuran wacana ilmiah, kajian strategik dan penerbitan bahan rujukan Islamik.
Penasihat syariah dalaman
Menjadi entiti pemantau dan penasihat syariah dalaman PEKIDA, memastikan segala gerak kerja organisasi selaras dengan syariat.
Peranan Dewan Asatizah dalam PEKIDA.
Para asatizah dijadikan rujukan dalam isu-isu keagamaan, pendidikan, kemasyarakatan dan segala yang berkaitan dengan hukum agama.
Badan penasihat
Menjadi badan penasihat berkenaan hal ehwal agama Islam dan adat/adab budaya Melayu serta pemacu dakwah dalam PEKIDA berlandaskan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah Asya’irah/Mathuridiah.
Platform rasmi asatizah
Menjadi platform rasmi kepada para asatizah bersatu dalam memastikan semua aktiviti PEKIDA selari dengan syariah Islamiah dan meningkatkan kefahaman agama anggotanya sesuai dengan kehendak agama dan keperluan semasa.
Rujukan keagamaan
Para asatizah dijadikan rujukan dalam isu-isu keagamaan, pendidikan, kemasyarakatan dan segala yang berkaitan dengan hukum agama.
Suara PEKIDA
Menjadi suara PEKIDA dalam menyatakan pendirian dan menjawab isu-isu semasa berkaitan hal ehwal keagamaan, bangsa dan tanah air.
Platform dakwah tersusun
Menyediakan platform dakwah yang terancang dan tersusun, sesuai dengan keperluan masyarakat semasa, dengan membina jaringan kerjasama bersama agensi kerajaan seperti Jabatan Agama Negeri-negeri, Institusi Fatwa Negeri-negeri, Majlis Agama Islam Negeri, NGO-NGO Islam dan sebagainya.
Bersama kami menyumbang kepada ummah.
Untuk pertanyaan keahlian, program kebajikan atau kerjasama, hubungi Ibu Pejabat PEKIDA Malaysia.