Tentang Kami

Pertubuhan kebangsaan berteraskan kebajikan, dakwah dan pendidikan.

Mengenali PEKIDA Malaysia — prinsip, identiti dan maklumat asas pertubuhan.

Pengenalan

Berteraskan kebajikan, dakwah Islamiah dan pendidikan.

Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA Malaysia) merupakan sebuah pertubuhan kebangsaan yang berteraskan kebajikan, dakwah Islamiah dan pendidikan. PEKIDA Malaysia menjunjung prinsip Islam, kesetiaan kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu, serta komitmen terhadap Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

PEKIDA Malaysia menghimpunkan ahli melalui struktur organisasi di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah bagi melaksanakan kegiatan kebajikan, memperkukuh dakwah Islamiah, membina perpaduan serta menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat dan negara. Gerak kerja pertubuhan berpandukan perlembagaan, dasar organisasi dan tanggungjawab kepimpinan dalam memastikan kesinambungan perjuangan serta keberkesanan kegiatan di semua peringkat.

Sebagai pertubuhan yang berteraskan kebajikan dan dakwah, PEKIDA Malaysia memberi perhatian kepada pembangunan sahsiah, pendidikan, kesejahteraan ahli, tanggungjawab sosial dan pengukuhan nilai-nilai Islam dalam kehidupan bermasyarakat.

KebajikanDakwahPendidikanPerpaduan
Identiti

Logo, bendera & maksudnya

Logo rasmi PEKIDA Malaysia
Bendera PEKIDA Malaysia: jalur hijau, kuning dan merah dengan tulisan PEKIDA MALAYSIA, nombor 146/83 (K) dan lambang di tengah
Bendera rasmi PEKIDA Malaysia

Maksud logo

Buku / KitabMenggambarkan ilmu, iman dan taqwa.
OborMenggambarkan memberi penerangan dan penyampaian ilmu pengetahuan serta kemahiran hidup.
  • HijauMelambangkan agama Islam.
  • KuningMelambangkan kedaulatan Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Raja-Raja Melayu.
  • MerahMelambangkan keberanian, keperwiraan dan kecekalan dalam merealisasikan matlamat perjuangan.
  • PutihMelambangkan kesucian hati.
  • HitamMelambangkan perpaduan yang tidak berbelah bahagi di antara ahli.

Bersama kami menyumbang kepada ummah.

Untuk pertanyaan keahlian, program kebajikan atau kerjasama, hubungi Ibu Pejabat PEKIDA Malaysia.