Jemaah 30 & PEKIDA Malaysia
Dalam sejarah yang diwarisi, Jemaah 30 mempunyai kedudukan tersendiri dan telah wujud sebelum pendaftaran PEKIDA Malaysia. Kedua-duanya bukan istilah yang membawa maksud yang sama: Jemaah 30 merujuk kepada tradisi jemaah serta sistem bai‘ah yang diwarisi, manakala PEKIDA Malaysia ialah pertubuhan yang berdaftar secara sah di bawah undang-undang negara. PEKIDA Malaysia juga tertakluk di bawah pengurusan dan kawal selia di dalam pentadbiran jemaah perjuangan 30 ini, terutamanya sanad bai‘ah dan tatacara perjalanan jemaah perjuangan.




