Program e-Sedekah

Panduan bergambar: tambah nilai Wallet Kebajikan

Ikuti 6 langkah mudah ini untuk menyumbang ke Tabung Kebajikan secara dalam talian melalui telefon atau komputer.

Langkah 1

Cari laman semakan

  1. Buka pelayar internet, contohnya Chrome.
  2. Taip “semak pekida” di kotak carian.
  3. Klik pautan yang paling atas: semak.pekida.org.my

Atau terus taip semak.pekida.org.my di bar alamat pelayar.

Halaman utama Google di Chrome dengan kotak carian
Taip “semak pekida”
Hasil carian Google dengan pautan semak.pekida.org.my di atas sekali
Klik pautan paling atas
Langkah 2

Semak No. K/P ahli

  1. Taip No. Kad Pengenalan ahli.
  2. Taip kod captcha seperti yang dipaparkan.
  3. Klik butang SEMAK.
  4. Maklumat ahli dan Baki Tabung Kebajikan dipaparkan. Klik butang “Tabung Kebajikan”.
Borang semakan kad pengenalan dengan medan No. K/P dan kod captcha
Isi No. K/P & captcha
Paparan maklumat ahli dengan Baki Tabung Kebajikan dan butang Tabung Kebajikan
Baki dipaparkan
Langkah 3

Masukkan jumlah sumbangan

  1. Masukkan amaun sumbangan (minimum RM5).
  2. Klik butang “Sumbangan”.
  3. Paparan pembayaran dalam talian akan dibuka. Isikan e-mel untuk menerima resit dan pilih Online Banking.
Borang Sumbangan Tabung Kebajikan dengan medan amaun
Isi amaun, klik Sumbangan
Paparan pembayaran Tambah Nilai dengan jumlah, e-mel dan kaedah pembayaran
Paparan pembayaran
Langkah 4

Pilih bank

  1. Pilih bank anda dari senarai.
  2. Tandakan “I agree to the Terms and Conditions”.
  3. Klik butang “Proceed to …”.

Pembayaran dibuat melalui FPX / DuitNow (perbankan dalam talian).

Senarai pilihan bank pada paparan pembayaran FPX
Pilih bank
Kotak I agree ditanda dan butang Proceed to Maybank2U
Tanda “I agree” & teruskan
Langkah 5

Selesaikan pembayaran

  1. Log masuk ke perbankan dalam talian anda dan selesaikan pembayaran (contoh: Maybank2u).
  2. Selepas pembayaran berjaya, klik butang “Return to Merchant’s Page”.

Penting: klik “Return to Merchant’s Page” supaya transaksi direkodkan ke Wallet Kebajikan anda.

Halaman log masuk Maybank2u
Log masuk bank
Paparan transaksi berjaya dengan butang Return to Merchant's Page
Klik “Return…”
Langkah 6 · Selesai

Sumbangan berjaya!

  1. Paparan status Berjaya akan dipaparkan.
  2. Klik pada No. Resit untuk muat turun resit sekiranya perlu.
  3. Baki Tabung Kebajikan terkini turut dipaparkan.
Paparan Sumbangan Tabung Kebajikan berjaya
Status Berjaya
Butiran transaksi dengan No. Resit dan Baki Tabung Kebajikan terkini
Resit & baki terkini

Sedia untuk menyumbang?

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Ibu Pejabat PEKIDA Malaysia di 011-5580 3030.

Bersama kami menyumbang kepada ummah.

Untuk pertanyaan keahlian, program kebajikan atau kerjasama, hubungi Ibu Pejabat PEKIDA Malaysia.