Majlis Sambutan Ulang Tahun PEKIDA Malaysia yang ke-43 telah diadakan di Arjuna Hall, Johor Bahru, Johor.
Majlis telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Datuk Pandak Ahmad, ADUN Kota Iskandar, yang mewakili YB Dato’ Mohd Hairi Mad Shah, EXCO Kerajaan Negeri Johor, serta barisan kepimpinan PEKIDA Negeri Johor.
YBhg. Tok Ayah Dato’ Hj Mohd Foad bin Hj Mat Isa, Presiden PEKIDA Malaysia, dan YBhg. Ayahanda Dato’ Abdul Rashid Zainullah, Timbalan Presiden PEKIDA Malaysia, serta barisan Naib-Naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi PEKIDA Malaysia hadir memeriahkan majlis anjuran PEKIDA Daerah Johor Bahru.
Syabas dan tahniah di atas penganjuran yang penuh gilang-gemilang.

