Dengan penuh rasa syukur dan bangga, sekalung tahniah diucapkan kepada YAB Ayahanda Tuan Abu Bakar Hamzah, Setiausaha Agung PEKIDA Malaysia, atas pelantikan sebagai Menteri Besar Perlis.
Sesungguhnya pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan besar terhadap kepimpinan, kebijaksanaan serta keteguhan prinsip YAB Ayahanda dalam memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air. Kami yakin dan percaya, di bawah pimpinan YAB Ayahanda, negeri Perlis akan terus dipandu dengan adil, berintegriti serta berpaksikan nilai-nilai Islam yang syumul.
Tahniah dan selamat menjalankan amanah, YAB Ayahanda Tuan Abu Bakar Hamzah.
Ikhlas daripada Presiden, Barisan Ahli Majlis Tertinggi, Barisan Ayahanda dan seluruh ahli PEKIDA Malaysia.
